MEPS SERAH ZAKAT RM1.4 JUTA

Kuala Lumpur, Januari 13, 2010 – Malaysian Electronic Payment System (1997) Sdn Bhd (MEPS), penyedia perkhidmatan rangkaian antara bank, telah mengeluarkan zakat sebanyak RM1.4 juta untuk tahun haul 2009.

Penyerahan wang zakat perniagaan telah diagihkan secara berperingkat kepada pusat-pusat pungutan zakat di negeri-negeri di mana Kumpulan MEPS beroperasi iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan MEPS, En Mohd Suhail Amar Suresh, selaras dengan tuntutan Islam, MEPS berkongsi keuntungannya yang diperolehi dengan cara mengagihkan wang zakat hasil perniagaan kepada golongan asnaf.

“Sebagai sebuah warga korporat, MEPS prihatin dalam menjalankan tanggungjawab social dan agama kepada masyarakat. Kami yakin sumbangan MEPS dalam bentuk zakat perniagaan ini turut  meningkatkan sosio ekonomi masyarakat agar dapat mengurangkan jurang agihan pendapatan serta pembasmian kemiskinan,” tambah En Mohd Suhail.