Ketahui Lebih Lanjut

Apakah perbezaan antara kad ATM lama dan kad ATM baru?

Kad ATM baru mempunyai ciri ciri tanpa sentuh (payWave) dan pin keselamatan yang dipertingkatkan bagi setiap transaksi pembayaran.

Bagaimana untuk membezakan antara kad ATM lama dan kad ATM baru?

Kad ATM baru mempunyai "MyDebit" logo pada permukaan kad.

Apakah tarikh akhir penggantian kad ATM?

Tarikh akhir adalah pada 31hb Disember 2017.

Adakah penggantian kad ATM wajib?

Ya, penggantian kad ATM adalah wajib.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menggantikan kad ATM?

Pemegang kad tidak boleh melakukan sebarang transaksi bayaran di mana-mana terminal ATM dan POS dari 1 Jan 2018 dan seterusnya.

Bagaimanakah saya boleh menggantikan kad ATM Yang sedia ada?

Pemegang kad hendaklah menggantikan kad ATM di cawangan bank berhampiran.

Adakah kad ATM baru akan dikirim kepada saya?

Tidak, penggantian kad ATM perlu dilakukan melalui perkhidmatan kaunter di cawangan bank berhampiran.

Adakah sebarang caj / yuran yang dikenakan ke atas saya untuk menukar kad ATM?

Tiada caj / bayaran akan dikenakan untuk penggantian kad ATM.

Adakah transaksi yang dilakukan menggunakan kad ATM baru selamat?

Semua transaksi menggunakan kad ATM baharu akan memerlukan nombor PIN untuk mengurangkan risiko apabila kad ATM hilang atau dicuri.

Bagaimana untuk melakukan transaksi pembayaran di terminal ATM & POS menggunakan kad ATM baru?

Cara untuk melaksanakan sebarang transaksi bayaran di terminal ATM & POS dengan kad ATM baru adalah sama seperti menggunakan kad ATM lama.

Bagaimana untuk melakukan transaksi payWave?

Kad ATM perlu diletakkan berhampiran dengan peranti payWave. Selepas transaksi diterima, pemegang kad dikehendaki memasukkan nombor PIN untuk melengkapkan prosedur pembayaran.

Siapakah yang perlu saya hubungi / rujuk untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kad ATM baru?

Sekiranya soalan pemegang kad tidak disenarai seperti yang atas, mereka boleh menghubungi institusi kewangan masing-masing untuk mendapatkan bantuan dari pegawai bank. Untuk maklumat lanjut tentang kad ATM baru dan sila layari laman web bank anda.

mepsatm.com.my